About Bahasa Melayu KSSR Cerdik
Aplikasi ini direka khas untuk membantu kanak-kanak menguasai Bahasa Melayu melalui kaedah yang menyeronokkan, moden dan mudah difahami. Semua perkataan, ayat dan cerita disertakan dengan audio, gambar serta nota penjelasan yang jelas — supaya anak dapat belajar dengan yakin, langkah demi langkah.
Ciri-ciri utama:
• 150+ nota pembelajaran dan 1500+ soalan kuiz (akan ditambah dari semasa ke semasa)
• Audio untuk semua perkataan dan ayat
• Kamus untuk setiap perkataan (makna, contoh & gambar)
• Imej berkualiti tinggi yang mesra kanak-kanak
• Mengikut sukatan KSSR Tahun 1–6
• Pembelajaran berbentuk permainan: nota & kuiz disusun mengikut tahap
• Tahap pembelajaran bermula mudah dan meningkat secara beransur-ansur
• Sistem ganjaran bintang untuk setiap tahap (level)
• Kad koleksi dalam game (boleh ditebus menggunakan bintang)
----
Penjelasan ringkas ciri lanjutan:
• Susunan belajar: Cerita → Tatabahasa → Cerita → Tatabahasa
Tatabahasa yang baru dipelajari akan digunakan dalam cerita seterusnya, menjadikan pemahaman lebih kukuh melalui aplikasi dalam konteks sebenar.
• Cerita dengan dialog harian
Situasi seperti bermain, belajar, membantu rakan, dan berbual menjadikan pembelajaran lebih hidup. Anak belajar berbahasa dan berkomunikasi, bukan sekadar menjawab soalan peperiksaan.
Aplikasi ini juga mengandungi cerita pendidikan seperti kepentingan mencuci tangan, amalan beratur, berkongsi permainan, menanam sayur, dan banyak lagi — membantu perkembangan nilai dan sosial kanak-kanak.
• Nota terperinci
Bab yang lebih kompleks dibahagikan kepada beberapa bahagian (tahap) supaya anak tidak letih. Nota disusun dengan sangat terperinci — termasuk topik emosi (setiap perkataan dengan gambar & contoh ayat), imbuhan men- (maksud & cara penggunaan), kata sifat, kata kerja dan banyak lagi.
Terms of Use (EULA): https://www.apple.com/legal/internet-services/itunes/dev/stdeula/
Privacy Policy: https://www.lighthouse2u.com/cerdik-bahasa-melayu-kssr/